ARAHAN KEPADA PEMOHON 1.Hanya pekebun kecil menurut tafsiran yang ditetapkan/waris kepada pemilik tanah yang meninggal dunia/pemegang amanah sahaja layak menjadi pemohon untuk membuat permohonan Bantuan Tanam Semula. 2.Seorang sahaja daripada pemilik tanah yang berkongsi dibenarkan membuat permohonan Bantuan Tanam Semula. 3.Jika pemilik/pemilik-pemilik tanah telah meninggal dunia, seorang daripada waris-waris yang diberi kuasa di kalangan mereka dibenarkan membuat permohonan dan menerima Bantuan Tanam Semula. 4.Pemilik/pemilik-pemilik tanah/waris-waris/pemegang amanah dibenarkan melantik pihak lain iaitu selain daripada pemilik/pemilik-pemilik tanah tanah/waris-waris/pemegang amanah untuk mengurus kebunnya dan menerima Bantuan Tanam Semula bagi pihak mereka. 5.Luas tanah yang kurang daripada 0.1011 hektar di bawah satu hakmilik adalah tidak layak memohon Bantuan Tanam Semula. Luas maksimum yang boleh diluluskan adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dari semasa ke semasa. 6.Jika syarat jenis tanaman yang tercatat pada surat hakmilik atau geran tanah tidak sama dengan jenis tanaman yang hendak ditanam semula, pemilik tanah bertanggungjawab ke atas urusan permohonan penukaran syarat jenis tanaman di Pejabat Tanah yang berkenaan. 7.Pemohon tidak dibenar menebang/memusnahkan pokok getah/sawit/tanaman lain di atas tanah yang hendak ditanam semula sehingga menerima surat Kelulusan Permohonan Bantuan Tanam Semula [TS14(Pin 1/12)] yang dijana melalui sistem TS Online ini. 8.Pemohon tidak dibenar menanam benih getah/sawit/spesis balak selain daripada benih yang dibekalkan oleh RISDA. 9.Pemohon hendaklah mengisytiharkan semua tanah yang dimiliki oleh pemilik tanah di bawah hakmilik yang sah kepada pihak RISDA. Pemohon juga dikehendaki memberitahu jika berlaku pertukaran milik, penjualan, pecah geran, pengambilan balik tanah oleh kerajaan, kaveat atau gadaian atas tanah hakmiliknya yang sedang atau telah habis penyertaannya dalam Rancangan Bantuan Tanam Semula. 10.Makluman kepada pemohon yang telah menerima surat kelulusan TS 14(Pin.1/12), pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen berikut di mana berkaitan untuk disemak atau diserah ke Pejabat RISDA berkenaan pada bila-bila masa atau selewat-lewatnya semasa lawatan pemeriksaan kebun untuk disemak: i. Dokumen asal kad pengenalan pemohon. ii. Dokumen asal surat hakmilik(geran) tanah/sijil carian rasmi bersama pelan tanah/surat pengesahan atau pengakuan keterangan milik tanah daripada Pejabat Tanah/Agensi Kerajaan berkenaan jika tanah belum mempunyai hakmilik sah. iii.Salinan fotostat buku akaun bank pemohon/ penerima wakil kuasa. iv. Salinan fotostat Memorandum and Article of Association bagi syarikat. v. Surat Wakil Kuasa [TS 20(Pin.1/90)] Untuk disempurnakan sekiranya pemohon melantik pihak lain daripada pemilik tanah sebagai wakil untuk melaksanakan segala urusan Bantuan Tanam Semula di atas lot yang dipohon termasuk menerima bayaran bantuan dan bekalan input pertanian. vi.Borang Pengakuan Kematian dan Waris-Warisnya [TS 20A(Pin.1/96)] Untuk mengesahkan pemilik lot dan mengenalpasti waris atau waris-waris yang berhak menerima pusaka atas harta si mati sementara menunggu pengambilan kuasa atas harta pesaka si mati selesai. vii.Surat Sumpah Oleh Pihak Yang Berkongsi/Waris-Waris/Pemegang Amanah [TS 20B(Pin.1/09)]. Disempurnakan oleh pemilik kongsi, waris atau waris-waris pemilik/pemilik kongsi yang telah meninggal dunia dan pemegang amanah bagi melantik dan memberi kuasa kepada seorang daripada mereka untuk memohon dan menerima Bantuan Tanam Semula. viii. Surat Melepaskan Tanggungan [TS 21(Pin.1/89)] Untuk pemohon Bantuan Tanam Semula membuat akujanji melepaskan RISDA daripada sebarang tuntutan atau dakwaan daripada mana-mana pihak di atas tindakan RISDA melulus dan membayar Bantuan Tanam Semula kepada pemohon berkenaan yang melibatkan:- a. Kehilangan tanpa berita, kecacatan akal pemilik bersama/waris bersama. b. Perbicaraan pembahagian harta pesaka. c. Pemohon yang belum mempunyai hakmilik yang sah tetapi telah diperakukan oleh Pejabat Tanah atau Agensi Kerajaan yang berkenaan. d. Setiap pemohon bagi tanah yang dimiliki secara berkongsi tetapi tiada kata sepakat untuk mewakilkan kepada seorang daripada pemilik kongsi. viv. Surat Melepaskan Tanggungan Pengesahan Lokasi dan Luas Tanah Jubilee Occupation Ticket/Occupation Ticket (JOT/OT)iaitu (TS21A). Untuk disempurnakan oleh pemohon dan pemilik-pemilik tanah yang bersempadanan bagi mengesahkan luas dan tanda sempadan lot yang mempunyai surat hakmilik JOT/OT. x. Surat Kebenaran (TS 22) Untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak kaveator bagi membolehkan pelaksanaan tanam semula di atas lot yang telah dikaveatkan/digadaikan oleh pemohon.
:: LOGIN PENGGUNA ::
ID PENGGUNA :
KATALALUAN
:
Tiada ID pengguna lagi? Sila
DAFTAR DISINI
Anda lupa katalaluan? Sila
KLIK DISINI